RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGHADAP ROMBONGAN NCWO

Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
02/04/2024 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap rombongan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di Istana Negara. 

Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua NCWO Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan. 

“Pelbagai isu berkisar kepada golongan wanita dan institusi kekeluargaan dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu,” menurut hantaran di laman Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

-- BERNAMA

 

 

Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar