Agong Hadir Ke Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Johor

JOHOR BAHRU, 10 April -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (dua, kanan) diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga, kiri) ketika berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor di kediaman rasminya di Saujana hari ini. Majlis berlangsung di Saujana, Johor Bahru yang merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
10/04/2024 06:56 PM

JOHOR BAHRU, 10 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor  Datuk Onn Hafiz Ghazi  di kediaman rasmi di Saujana di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Onn Hafiz dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Seri Paduka Baginda, kelihatan para pengunjung teruja dan tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama baginda.

JOHOR BAHRU, 10 April -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (tengah) berkenan diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua, kiri) ketika berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor di kediaman rasminya di Saujana hari ini. Majlis berlangsung di Saujana, Johor Bahru yang merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Terdahulu lebih 12,000 penduduk berbilang kaum di negeri ini hadir memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan dengan 32 gerai menyajikan 22 menu termasuk makanan tradisi Melayu Johor.

Anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar turut berangkat ke majlis berkenaan.

--BERNAMA