AGONG, RAJA PERMAISURI BERKENAN BERANGKAT KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ISTANA JOHOR

Gambar: Kredit Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
11/04/2024 04:30 PM

JOHOR BAHRU, 11 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.

Turut berangkat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Raja Muda Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Tunku Besar Zabedah Almarhum Sultan Iskandar.

Gambar: Kredit Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi  Seri Paduka Baginda, cuaca hujan tidak menghalang rakyat jelata untuk bersalaman dengan Seri Paduka Baginda berdua, serta keluarga diraja Johor.

-- BERNAMA

 

Gambar: Kredit Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 


 

Gambar: Kredit Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar