AGONG, RAJA PERMAISURI BERANGKAT SAKSIKAN PERLUMBAAN GT WORLD CHALLENGE ASIA

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat pada perlumbaan siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang. Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda iaitu putera bongsu, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight. Bersama-sama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium ke-3 dalam kategori Pro-Am pada perlumbaan 2 dan tempat ke-4 bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta. -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
21/04/2024 08:11 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

Perkara itu dikongsikan dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berserta beberapa keping gambar, petang ini.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat pada perlumbaan siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Keberangkatan adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda iaitu putera bongsu, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight. Bersama-sama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium ke-3 dalam kategori Pro-Am pada perlumbaan 2 dan tempat ke-4 bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta. -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bersama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori Pro-Am dan keempat dalam keseluruhan perlumbaan hari ini yang disertai 33 jentera pelbagai jenama.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman serta Tunku Tun Aminah dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Md Azhan Shafriman Md Hanif.

Pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) beraksi ketika menyertai perlumbaan Fanatec GT World Challenge Asia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini. Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan Jordan Love yang mewakili pasukan JMR Triple Eight berjaya menamatkan perlumbaan dengan meraih kedudukan podium ketiga bagi kategori Pro-Am pada perlumbaan 2 dan tempat keempat bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pusingan GT World Challenge Asia yang seterusnya akan menyaksikan dua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada 10 hingga 12 Mei ini.

-- BERNAMA

Aksi pemandu pada perlumbaan Fanatec GT World Challenge Asia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini. Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan Jordan Love yang mewakili pasukan JMR Triple Eight berjaya menamatkan perlumbaan dengan meraih kedudukan podium ketiga bagi kategori Pro-Am pada perlumbaan 2 dan tempat keempat bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA